Sepanjang saya mengikuti
kelas kecerdasan emosi, pelbagai perkara telah saya pelajari daripada pensyarah
subjek kami iaitu, Puan Norihah Binti Bachok. Sebelum ini saya tidak pernah
mempelajarai apa itu kecerdasan emosi, namun setelah saya mengikuti kelas Puan
Norihah saya telah mempelajari tentang kepentingan kecerdasan emosi kepada manusia.
Kecerdasan
amatlah penting dalam diri manusia kerana ia mampu memcerminkan keperibadian
seseorang. Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai kecerdasan emosi yang
mantap, ini bermakna bahawa seseorang itu tidak mampu mengurus perhubungannya
dengan orang-orang yang berada di sekelilingnya.
Dalam
kelas Puan Norihah juga, beliau banyak memberikan contoh-contoh yang menarik
yang membuatkan kelas ini begitu menarik dan sentiasa dipenuhi dengan
kisah-kisah dan contoh yang menarik. Namun begitu, kelas ini hanyalah sejam
seminggu dan kami kekurangan masa untuk berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan
yang lain.
Selepas
mendapat pengetahuan yang baru ini, saya dapat mengaplikasikannya dalam
kehidupan saya yang sebenar dan saya semakin bijak dalam mengawal emosi yang
sentiasa hadir dalam diri saya. Jika sebelum ini saya seorang yang mudah marah,
namun setelah menghadiri kelas kecerdasan emosi saya semakin pandai mengawal
perasaan. Di samping itu, saya juga dapat mempelajari untuk mentafsir emosi
orang yang ada di sekeliling saya.
Kesimpulannya, kuliah
kecerdasan emosi ini sangat membantu saya dalam menangani kehidupan saya
sendiri. Selepas ini saya mampu untuk membawa emosi yang positif kerana saya
percaya bahawa emosi yang positif dapat membawa kepada perkara yang positif
juga.
Sekian. Terima kasih.