Monday, 15 October 2012

Analisis dan Refleksi Video



Melalui video di atas kita dapat melihat seorang ayah yang sangat menyayangi dan menerima keadaan anaknya seadanya. Anaknya merupakan seorang yang cacat. Walaupun begitu, ayahnya tetap melayannya dengan penuh kasih sayang. Video ini sangat menyentuh hati sesiapa yang menontonnya kerana tidak ramai ibu bapa yang sanggup melakukannya seperti itu.
            Dalam video tersebut, ayahnya membawa anaknya yang cacat dalam suatu acara pertandingan, kita dapat melihat bagaimana si ayah membawa anaknya bersamanya dengan menggunakan kerusi roda dan berenang sambil membawa anaknya yang berada dalam bot kecil. Bagi si ayah tiada apa yang mampu menghalangkannya daripada membawa anaknya yang cacat bersamanya walau di mana jua dia berada.
Emosi yang terlibat dalam video ini ialah emosi gembira, sayang, dan sedih. Si anak sangat gembira kerana ayahnya menyayanginya sepenuh hati dan sanggup membawanya bersama dalam pertandingan yang disertai oleh ayahnya.
Bagi saya, setelah menonton video ini saya berasa sangat terharu kerana si ayah sanggup melakukannya apa sahaja. Dalam kehidupan kita seharian, tidak semua orang mampu untuk melakukan seperti apa yang dilakukan oleh si ayah. Bukan sahaja dari segi keluarga tetapi juga dalam pelbagai aspek seperti persahabatan, percintaan, dan kehidupan ini. Kadang-kala perkara yang mudah kita tidak mampu lakukan atau kita enggan melakukannya. Segala yang dilakukan oleh si ayah merupakan semangat spiritual yang ada dalam dirinya, tanpa semangat tersebut tidak mungkin dia akan terfikir untuk mengorbankan apa sahaja untuk anaknya. Selain itu, menerima seseorang dengan seadanya adalah lebih baik daripada mengubahnya. Tidak semua manusia dilahirkan sempurna sifatnya dan sebagai manusia yang sempurna sifatnya haruslah melayani orang-orang istimewa ini dengan sebaik-baiknya kerana setiap apa yang berlaku pasti mempunyai sebabnya yang tersendiri.

Sekiranya saya adalah si ayah, saya akan melakukan perkara yang sama untuk anak saya. Sebagai seorang ayah sememangnya itu adalah tindakan yang wajar untuk diambil di samping cara menunjukkan kasih sayang kepada anak.


Secara keseluruhannya, video ini banyak mengajar saya untuk lebh bersabar dalam kehidupan dan tidak takut untuk mengambil risiko kerana semua yang kita hendak lakukan adalah bergantung kepada diri sendiri. Sekian.

No comments:

Post a Comment