Monday, 15 October 2012

Refleksi kecergasan emosi


Sepanjang saya mengikuti kelas kecerdasan emosi, pelbagai perkara telah saya pelajari daripada pensyarah subjek kami iaitu, Puan Norihah Binti Bachok. Sebelum ini saya tidak pernah mempelajarai apa itu kecerdasan emosi, namun setelah saya mengikuti kelas Puan Norihah saya telah mempelajari tentang kepentingan kecerdasan emosi kepada manusia.
            Kecerdasan amatlah penting dalam diri manusia kerana ia mampu memcerminkan keperibadian seseorang. Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai kecerdasan emosi yang mantap, ini bermakna bahawa seseorang itu tidak mampu mengurus perhubungannya dengan orang-orang yang berada di sekelilingnya.
            Dalam kelas Puan Norihah juga, beliau banyak memberikan contoh-contoh yang menarik yang membuatkan kelas ini begitu menarik dan sentiasa dipenuhi dengan kisah-kisah dan contoh yang menarik. Namun begitu, kelas ini hanyalah sejam seminggu dan kami kekurangan masa untuk berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan yang lain.
            Selepas mendapat pengetahuan yang baru ini, saya dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan saya yang sebenar dan saya semakin bijak dalam mengawal emosi yang sentiasa hadir dalam diri saya. Jika sebelum ini saya seorang yang mudah marah, namun setelah menghadiri kelas kecerdasan emosi saya semakin pandai mengawal perasaan. Di samping itu, saya juga dapat mempelajari untuk mentafsir emosi orang yang ada di sekeliling saya.
Kesimpulannya, kuliah kecerdasan emosi ini sangat membantu saya dalam menangani kehidupan saya sendiri. Selepas ini saya mampu untuk membawa emosi yang positif kerana saya percaya bahawa emosi yang positif dapat membawa kepada perkara yang positif juga.
Sekian. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment